Cahaya kecil, untuk hari yang gelap.
Lentera maksudnya pelita. Kami wujud supaya sesiapa yang sedang bergelut tak perlu cari jalan dalam gelap seorang diri.
- Bermula 2025
- Pasukan di seluruh Malaysia
Kenapa Lentera wujud.
Ramai antara kita tahu kita perlukan bantuan. Tapi nak masuk klinik? Rasa malu, takut orang cakap, dan tak tahu nak mula dari mana.
Jadi pada tahun 2025, kami cuba cara yang lebih ringan. Bengkel Ruang Rasa diadakan kat kafe, bukan klinik. Duduk, minum kopi, dan belajar faham emosi sendiri bersama orang lain yang rasa benda yang sama.
Bila dah sedia nak pergi lebih jauh, kami sambungkan anda dengan ahli psikologi berlesen. Bengkel dan terapi bukan pilihan salah satu. Dua-dua boleh jalan seiring.
Santai tapi sampai.
Empat perkara yang kami tak kompromi.
Profesional
Semua ahli terapi kami berlesen dan berdaftar dengan MAHPC. Kelayakan mereka kami semak sendiri.
Privasi
Apa yang anda kongsi, kekal di sini. Kerahsiaan anda bukan benda yang boleh dirunding.
Empati
Kami dengar betul-betul. Tak menyampuk, tak menghakimi, tak tergesa-gesa.
Dekat dengan budaya kita
Kami faham peranan keluarga, adat dan agama dalam hidup kita. Semua tu kami ambil kira.
Kecil, tapi dah mula terasa.
- orang ikuti kami di Threads
- 1k+
- ahli dalam group WhatsApp
- 200+
- peserta nak datang lagi
- 95%
- kata isinya memang kena dengan hidup mereka
- 86%
Orang di sebalik Lentera.
Pasukan kami tersebar di seluruh Malaysia, bukan di Lembah Klang sahaja.
Syazwani Naqibah
Pengasas bersama & CEO
Pastikan Lentera kekal dekat dengan komuniti yang kami layan.
Athirah Fathiah
Pengasas bersama & COO
Pelatih psikologi klinikal. Jaga kualiti setiap sesi dan bengkel.
Asim Hatta
Pengasas bersama & Chief People Officer
Ahli psikologi organisasi. Bina pasukan yang sihat dari dalam.
Ammar Hasbullah
Pengasas bersama & Chief Business Officer
Bawa Lentera kepada lebih ramai orang, di lebih banyak tempat.
Bila dah sedia, kami ada.
Tak perlu tunggu sampai semuanya teruk. Langkah kecil pun dah cukup untuk mula.
Perlukan bantuan sekarang?
Lentera bukan talian kecemasan. Kalau anda atau sesiapa dalam bahaya, sila hubungi: