Bengkel Komuniti
Santai tapi sampai mesejnya. Bengkel psikoeducation untuk kesejahteraan emosi anda.
Modul-Modul Bengkel Kami
Setiap modul direka berdasarkan pendekatan psikologi yang terbukti berkesan. Dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dalam persekitaran yang santai, selamat, dan menyokong. Bukan di klinik, tetapi di ruang komuniti seperti kafe dan pusat komuniti.
Modul TAME
Acceptance and Commitment Therapy (ACT)
Berdasarkan rangka kerja Dr. Russ HarrisTeknik pengurusan emosi yang mengajar anda untuk menerima dan memproses perasaan dengan penuh kesedaran. Berbeza dengan pendekatan konvensional yang menekan atau menolak emosi, TAME membimbing anda untuk mengakui emosi tersebut dan mengurusnya secara sihat.
- Terima emosi tanpa penghakiman
- Teknik grounding dan kesedaran
- Strategi bertindak selaras dengan nilai diri
Modul Cognitive Restructuring
Cognitive Behavioral Therapy (CBT)
Pendekatan berasaskan buktiTeknik pengurusan emosi melalui transformasi corak pemikiran. Modul ini membantu anda mengenal pasti pemikiran negatif automatik dan mengubahnya kepada perspektif yang lebih seimbang dan realistik.
- Kenal pasti cognitive distortions
- Teknik reframing pemikiran
- Membina corak fikir yang lebih sihat
Modul RESET
Navigasi Emosi di Tempat Kerja
Fokus organisasi dan profesionalModul khusus untuk menguruskan emosi ketika berhadapan dengan individu yang mencabar di persekitaran kerja. Pelajari strategi praktikal untuk mengekalkan profesionalisme dan kesejahteraan mental dalam situasi kerja yang sukar.
- Menangani konflik interpersonal
- Menetapkan sempadan profesional
- Strategi komunikasi berkesan
Modul Self-Compassion
Belas Kasihan Terhadap Diri Sendiri
Lanjutan dari Modul TAMEModul lanjutan yang membina kemahiran belas kasihan terhadap diri sendiri. Pelajari konsep self-compassion dan bagaimana untuk menguruskan emosi secara kendiri, terutamanya ketika menghadapi cabaran sendirian.
- Konsep self-compassion dan aplikasi
- Teknik self-soothing
- Membina ketahanan emosi kendiri